Kriteria-kriteria pada durian yang perlu diperiksa:
- Periksa warna dalaman tangkai durian itu. Kerana warna dalaman tangkai tersebut melambangkan warna isi durian tersebut. Bagi mereka yang gemarkan isi durian yang berwarna kuning keemasan maka carilah durian yang mempunyai tangkai yang berwarna kuning keemasan di dalamnya.
- Pastikan tangkai tersebut dalam keadaan lembap dan tidak kering menunjukkan durian tersebut masih baru.
- Cuba hidu dari setiap bahagian durian itu. Bau yang sekata menunjukkan isi durian tersebut masak sekata semuanya. Kaedah ini untuk mengelakkan ada bahagian dalam durian itu yang masih belum masak.
- Periksa bahagian bawah durian tersebut. Bahagian bawah yang bercantum menunjukkan durian tersebut masih baru lagi, dan bahagian bawah durian yang terbelah menunjukkan durian tersebut sudah lama.
- Pilih durian yang ringan. Durian yang ringan menunjukkan kulitnya nipis dan isinya tebal. Manakala, durian yang berat menunjukkan kulit durian tersebut tebal dan isinya nipis.
- Secara umumnya, durian yang tajam lebih baik berbanding durian yang kurang tajam.
- Cuba goncangkan durian tersebut. Jika bunyi goncangan kedengaran, menunjukkan bahawa isi durian tersebut kecil dan nipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan