SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI......

Jumaat, 30 Mac 2012

Earth Hour??????

Earth Hour????? Padamkan lampu anda, jimat elektrik, kurangkan global warming, bla...bla...bla...

Tapi sejauh manakah sokongan kita? Memang kita tutup lampu, namun alatan elektrik yang lain masih lagi aktif berfungsi. Tutup lampu, tapi masih facebooking, tweeting, blogging, malah air-cond yang banyak makan elektrik dalam rumah tu masih lagi berfungsi.

Memang benar tutup lampu sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan global warming, namun bukankah lebih baik kalau tutup semua peralatan elektrik. Dalam masa bergelap tu, buatlah muahsabah diri ke, zikir ke, selawat ke, solat sunat ke, paling kurang pun tidur.

Tidak salah bergelap, tidak facebooking, surfing internet selama sejam. Cuba fikirkan balik, Earth Hour ini untuk kebaikan alam dan bumi kita juga. Alam dan bumi kita inilah satu-satunya tempat tinggal yang kita ada buat masa sekarang.

Selama berabad-abad alam berkorban untuk kita, kenapa kita tak berkorban untuk alam selama sejam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan