SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI......

Rabu, 29 Februari 2012

UJIAN MINDA


Mari kita lihat..
Adakah otak anda otak lelaki atau perempuan..
Cuba permainan ini..

Mari kita uji otak kita…
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf ‘F’ dalam perenggan di bawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Selesai?
Scroll ke bawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

OK? Ada berapa banyak F ?
Tiga? 3!! (anda tentunya seorang lelaki!!!)

Baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Hal ini kerana...
Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba terhadap kawan-kawan anda untuk menguji setakat mana kebenaran perkara ini…..

Ahad, 26 Februari 2012

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yang ingin dikongsikan bersama ialah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat bagi setiap juzuk Al-Quran.

Mari kita belajar bersama-sama.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik, bukan?
Tidak percaya lagi?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan saudara dan saudari. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala. Insyaallah. Wallahua'lam.